Majlis Penyerahan Kunci Rumah Makmur Gahai Jaya 1 dan Penyerahan Notis 5A Agropolitan Tanjung Gahai, Lipis
LIPIS, 28 SEPTEMBER 2024: Majlis Penyerahan Kunci Rumah Makmur Gahai Jaya 1 dan Penyerahan Notis 5A Agropolitan Tanjung Gahai, Lipis telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang.
Penyerahan kunci melibatkan seramai 19 penerima Rumah Makmur manakala 8 penerima Rumah Rakyat Pahang (RRP) Fasa 4.
Projek Rumah Makmur di Tanjung Gahai, merupakan satu kejayaan penting kerana ini adalah projek Rumah Makmur pertama yang berjaya memperoleh Sijil Penyiapan dan Pematuhan (CCC).
Rumah-rumah ini dijual pada harga RM80,000 seunit, jauh lebih rendah daripada harga pasaran semasa, dan diberi milik kepada rakyat yang berpendapatan di bawah RM5,000 seisi rumah.
Semoga dengan pemilikan rumah ini, penerima dapat membina kehidupan yang lebih stabil dan selesa untuk keluarga mereka.