Mesyuarat Anggota Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang (LPHP) Bil. 03/2024

  • Diterbitkan pada 13/12/2024
  • 29 klik

KUALA LUMPUR, 13 DISEMBER 2024: Mesyuarat Anggota Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang (LPHP) Bil. 03/2024 telah berlangsung dengan jayanya hari ini, dipengerusikan oleh YAB Dato' Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang. Mesyuarat turut dihadiri oleh YB Dato' Haji Mohammad Fakhruddin bin Haji Mohd Ariff, EXCO Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau, YB Dato' Sri Haji Zulkifli bin Haji Yaacob, Setiausaha Kerajaan Pahang, serta ahli Anggota Lembaga Pengarah yang lain.

Mesyuarat ini mencerminkan komitmen tinggi LPHP dalam menerajui pembangunan sektor perumahan dan hartanah di Negeri Pahang. Dengan sokongan penuh daripada Kerajaan Negeri, LPHP terus komited memperkasa agenda perumahan yang mampu meningkatkan kesejahteraan rakyat dan memperkukuh kemajuan Negeri Pahang secara menyeluruh.

 

Sistem Perumahan Awam Pahang

Satu pusat sehenti berkaitan perumahan yang menawarkan perkhidmatan berikut:
  • Senarai projek-projek perumahan mengikut daerah
  • Pendaftaran dan semakan permohonan perumahan di bawah Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang, Projek Rumah Makmur, Projek Rumah Pahang, Projek Rumah Penjawat Awam Negeri Pahang (RPAP), Rumah Kos Rendah dan Sederhana Rendah.
  • Kemudahan pembayaran sewaan Rumah PAKR secara atas talian

"Kediaman Selesa, Hidup Sejahtera"

Hakcipta Terpelihara © 2024
Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang
Tingkat 7 & 8, Menara Teruntum, Jalan Mahkota, 25000 Kuantan, Pahang
Tel : 095512777 / 095512888
Email : home[a]lphpahang.gov.my