Kunjungan Hormat Ke Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP)

  • Diterbitkan pada 09/01/2025
  • 40 klik

KUANTAN, 09 JANUARI 2025: Satu kunjungan hormat ke Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) telah berlangsung dengan jayanya.

Perbincangan ini tertumpu pada penyediaan rumah di bawah bagi golongan asnaf dan rakyat miskin tegar di bawah Skim Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR).

Kunjungan ini dihadiri oleh YH Dato’ Ahmad Islanizam bin A. Halim, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang (LPHP), bersama barisan delegasi LPHP dan telah disambut baik oleh YH Dato’ Ahmad Hairi bin Hussain, Ketua Pegawai Eksekutif MUIP, dan Dr. Asmadi Bin Abdul Rahman, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Baitulmal dan Operasi). 

Kerjasama erat antara LPHP dan MUIP ini diharapkan dapat membuka ruang baharu dalam menyediakan solusi perumahan yang dapat membantu penyewa PAKR, khususnya pada mereka yang sudah hilang punca pendapatan dan uzur.

Terima kasih MUIP atas sambutan mesra dan komitmen dalam menjayakan usaha bersama ini.

 

Sistem Perumahan Awam Pahang

Satu pusat sehenti berkaitan perumahan yang menawarkan perkhidmatan berikut:
  • Senarai projek-projek perumahan mengikut daerah
  • Pendaftaran dan semakan permohonan perumahan di bawah Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang, Projek Rumah Makmur, Projek Rumah Pahang, Projek Rumah Penjawat Awam Negeri Pahang (RPAP), Rumah Kos Rendah dan Sederhana Rendah.
  • Kemudahan pembayaran sewaan Rumah PAKR secara atas talian

"Kediaman Selesa, Hidup Sejahtera"

Hakcipta Terpelihara © 2025
Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang
Tingkat 7 & 8, Menara Teruntum, Jalan Mahkota, 25000 Kuantan, Pahang
Tel : 095512777 / 095512888
Email : home[a]lphpahang.gov.my