Majlis Penyerahan Kunci Rumah Rakyat Pahang (RRP) Fasa 4 Daerah Pekan bagi Kampung Tanjung Chempaka
PEKAN, 14 JANUARI 2025: Majlis Penyerahan Kunci Rumah Rakyat Pahang (RRP) bagi Fasa 4 Daerah Pekan, Kampung Tanjung Chempaka telah berlangsung dengan jayanya hari ini.
Projek RRP merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Pahang untuk menyediakan rumah berkualiti kepada rakyat berpendapatan rendah dan golongan yang memerlukan. Sebagai tambahan, setiap penerima turut menerima sumbangan peralatan rumah bernilai RM2,000 sebagai sokongan awal untuk menduduki kediaman baharu mereka.
Majlis penyerahan kunci telah disempurnakan oleh YB Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin bin Mohd Ariff, EXCO Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang.
Tahniah diucapkan kepada penerima-penerima berikut:
Kerajaan Negeri Pahang komited untuk terus menyediakan kediaman yang selesa dan berkualiti demi kesejahteraan rakyat negeri ini. Semoga pemberian ini menjadi sinar harapan baru buat penerima dan membawa kehidupan lebih sejahtera dan bermakna.