Mesyuarat Jawatankuasa Perumahan Negeri (JKPN) Bil. 01/2025

  • Diterbitkan pada 16/01/2025
  • 35 klik

KUANTAN, 16 JANUARI 2025: Mesyuarat Jawatankuasa Perumahan Negeri (JKPN) Bil. 01/2025 telah berlangsung di Bilik Mesyuarat, Tingkat 8, Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang (LPHP). Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YB Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin bin Mohd Ariff, EXCO Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang, bersama Ketua-ketua Jabatan Negeri, Jabatan Persekutuan, Badan Berkanun Negeri, Badan Berkanun Persekutuan, serta wakil-wakil berkaitan.

Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan perkembangan semasa, perancangan masa depan, serta isu-isu yang berkaitan dengan sektor perumahan di negeri ini. Perbincangan turut merangkumi pelbagai aspek dan langkah strategik untuk memastikan projek-projek perumahan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

Fokus utama mesyuarat ini adalah memastikan keperluan perumahan rakyat Pahang dipenuhi dengan pendekatan yang lebih sistematik dan menyeluruh. Inisiatif ini diharapkan dapat memberikan manfaat kepada seluruh rakyat Pahang serta mempertingkatkan kualiti dan kesejahteraan hidup masyarakat.

Semoga hasil daripada perbincangan ini menjadi pemangkin kepada pembangunan sektor perumahan yang lebih terancang dan berkesan di Negeri Pahang.

 

Sistem Perumahan Awam Pahang

Satu pusat sehenti berkaitan perumahan yang menawarkan perkhidmatan berikut:
  • Senarai projek-projek perumahan mengikut daerah
  • Pendaftaran dan semakan permohonan perumahan di bawah Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang, Projek Rumah Makmur, Projek Rumah Pahang, Projek Rumah Penjawat Awam Negeri Pahang (RPAP), Rumah Kos Rendah dan Sederhana Rendah.
  • Kemudahan pembayaran sewaan Rumah PAKR secara atas talian

"Kediaman Selesa, Hidup Sejahtera"

Hakcipta Terpelihara © 2025
Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang
Tingkat 7 & 8, Menara Teruntum, Jalan Mahkota, 25000 Kuantan, Pahang
Tel : 095512777 / 095512888
Email : home[a]lphpahang.gov.my