Kunjungan Hormat Daripada Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands
KUANTAN, 17 JANUARI 2024: Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang (LPHP) telah menerima kunjungan hormat daripada Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands yang diketuai oleh YBhg. Tuan Kamarul Iskandar bin Nordin, Pegawai Daerah Cameron Highlands.
Kunjungan hormat itu telah disambut oleh YH Dato' Ahmad Islanizam bin A.Halim, Ketua Pegawai Eksekutif LPHP.
Pertemuan dua hala ini membincangkan pelbagai perkara bagi memperkukuhkan kerjasama strategik antara kedua-dua pihak. Selain itu, ia turut menjadi platform untuk bertukar pandangan mengenai isu-isu pembangunan perumahan di Cameron Highlands serta menyelaraskan usaha bersama dalam memastikan kelancaran pelaksanaan projek yang dirancang.
LPHP merakamkan penghargaan kepada YBhg. Tuan Kamarul Iskandar dan delegasi atas kunjungan ini. Semoga hubungan yang terjalin terus memberikan manfaat kepada rakyat negeri Pahang, khususnya di Cameron Highlands.