Taklimat bersama Penduduk Kampung bagi Projek Rumah Mesra Pahang di Kampung Rumbia, Daerah Pekan
PEKAN, 18 JANUARI 2025: Satu sesi taklimat bersama penduduk Kampung Padang Rumbia telah berlangsung di Dewan Pusat Komuniti Perumahan Bersepadu (PKPB), Pekan.
Taklimat ini turut dihadiri oleh Encik Ahmad Khairuddin bin Mat Taib, wakil YB EXCO Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang, Encik Wan Haziq Hisham bin Wan Kadri, wakil Pegawai Daerah, Pejabat Daerah dan Tanah Pekan, Encik Muhamad Nur Hisham, wakil Pengarah SPNB Cawangan Pahang, Penghulu Mukim Pulau Manis, dan Ketua Kampung Padang Rumbia.
Program ini bertujuan memberikan penerangan mengenai Skim Rumah Mesra Pahang oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang (LPHP), serta Skim Rumah Mesra Rakyat oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) Cawangan Pahang.
Inisiatif ini adalah salah satu langkah penting dalam memastikan akses kepada perumahan mampu milik bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana rendah.
Semoga taklimat ini memberi pencerahan dan manfaat kepada penduduk setempat dalam memahami skim-skim perumahan yang ditawarkan.