Majlis Penyerahan Kunci Rumah Rakyat Pahang (RRP) Fasa 4 DUN Kerdau bagi Kampung Desa Baru Purun

  • Diterbitkan pada 20/01/2025
  • 32 klik

TEMERLOH, 20 JANUARI 2025: Majlis Penyerahan Kunci Rumah Rakyat Pahang (RRP) bagi Fasa 4 DUN Kerdau, Kampung Desa Baru Purun telah berlangsung dengan jayanya hari ini.

Projek RRP merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Pahang untuk menyediakan rumah berkualiti kepada rakyat berpendapatan rendah dan golongan yang memerlukan. Sebagai tambahan, setiap penerima turut menerima sumbangan peralatan rumah bernilai RM2,000 sebagai sokongan awal untuk menduduki kediaman baharu mereka.

Majlis penyerahan kunci telah disempurnakan oleh YB. Dato’ Sri Ustaz Syed Ibrahim bin Syed Ahmad, EXCO Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa Dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang, dan diiringi wakil agensi Kerajaan Negeri dan Penghulu Kampung.

Tahniah diucapkan kepada penerima berikut:

  1. Shahrizan Bin Abdullah Sani

Kerajaan Negeri Pahang komited untuk terus menyediakan kediaman yang selesa dan berkualiti demi kesejahteraan rakyat negeri ini. Semoga pemberian ini menjadi sinar harapan baru buat penerima dan membawa kehidupan lebih sejahtera dan bermakna.

 

Sistem Perumahan Awam Pahang

Satu pusat sehenti berkaitan perumahan yang menawarkan perkhidmatan berikut:
  • Senarai projek-projek perumahan mengikut daerah
  • Pendaftaran dan semakan permohonan perumahan di bawah Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang, Projek Rumah Makmur, Projek Rumah Pahang, Projek Rumah Penjawat Awam Negeri Pahang (RPAP), Rumah Kos Rendah dan Sederhana Rendah.
  • Kemudahan pembayaran sewaan Rumah PAKR secara atas talian

"Kediaman Selesa, Hidup Sejahtera"

Hakcipta Terpelihara © 2025
Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang
Tingkat 7 & 8, Menara Teruntum, Jalan Mahkota, 25000 Kuantan, Pahang
Tel : 095512777 / 095512888
Email : home[a]lphpahang.gov.my