LPHP Prihatin, Tindakan Pantas

  • Diterbitkan pada 22/02/2025
  • 22 klik

Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang (LPHP) memberikan sepenuh komitmen terhadap aduan langsung yang disuarakan oleh pembeli Rumah Makmur Tanjung Gahai yang dikatakan mengalami kerosakan.

Aduan tersebut disuarakan kepada LPHP pada sesi townhall bersempena Program Sentuhan Rakyat Makmur 2025 yang berlangsung di FELDA Sungai Koyan, baru-baru ini.

Ekoran aduan tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif LPHP, YH. Dato' Ahmad Islanizam bin A. Halim segera turun padang untuk melihat sendiri keadaan rumah tersebut.

LPHP komited untuk membantu menyelesaikan permasalahan tersebut dalam masa terdekat demi memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat khususnya pembeli rumah di bawah pengurusan LPHP.

Kami sentiasa bersedia mendengar dan bertindak untuk kesejahteraan rakyat!

 

Sistem Perumahan Awam Pahang

Satu pusat sehenti berkaitan perumahan yang menawarkan perkhidmatan berikut:
  • Senarai projek-projek perumahan mengikut daerah
  • Pendaftaran dan semakan permohonan perumahan di bawah Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang, Projek Rumah Makmur, Projek Rumah Pahang, Projek Rumah Penjawat Awam Negeri Pahang (RPAP), Rumah Kos Rendah dan Sederhana Rendah.
  • Kemudahan pembayaran sewaan Rumah PAKR secara atas talian

"Kediaman Selesa, Hidup Sejahtera"

Hakcipta Terpelihara © 2025
Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang
Tingkat 7 & 8, Menara Teruntum, Jalan Mahkota, 25000 Kuantan, Pahang
Tel : 095512777 / 095512888
Email : home[a]lphpahang.gov.my