Majlis Perasmian Sambutan Hari Rizab Biosfera Antarabangsa @ Tasik Chini Rizab Biosfera
Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang (LPHP), YH. Dato' Ahmad Islanizam A. Halim hadir pada Majlis Perasmian Sambutan Hari Rizab Biosfera Antarabangsa @ Tasik Chini Rizab Biosfera oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff yang berlangsung di Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC) UKM, Pekan.
Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chini, YB. Tuan Mohd Sharim Md Zain, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Penyelidikan & Inovasi) UKM, YBhg Prof. Dato' Dr. Wan Kamal Bin Mujani, Timbalan Setiausaha Bahagian Seksyen Pengurusan Biodiversiti, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam, YBrs Ts. Dr. Khairul Naim Bin Adham dan Ketua Eksekutif, Perbadanan Taman Negeri Pahang, YBrs En Zainal Abidin Bin Othman.