Tinjauan Rumah Terbakar di Kampung Melayu, Chini
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chini, YB. Tuan Mohd Sharim Md Zain berkesempatan meninjau rumah terbakar di Kampung Melayu, Salong di Chini.
Kerajaan bercadang menggantikan rumah baharu kepada mangsa sekeluarga menerusi pelbagai program perumahan yang diberikan secara percuma kepada mangsa.
Turut sama ialah Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang (LPHP), YH. Dato' Ahmad Islanizam bin A. Halim bagi membincangkan kesesuaian bantuan yang akan diberikan.
YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin turut menyampaikan bantuan kewangan kepada keluarga mangsa.
Pada 20 Februari lalu kira-kira jam 11 malam, rumah Puan Saripah binti Abdullah yang telah memusnahkan keseluruhan rumahnya.