Mesyuarat Pelaksanaan Cadangan Pembangunan Skim Pangsapuri Pahangku di Daerah Bentong

  • Diterbitkan pada 10/03/2025
  • 35 klik

KERAJAAN PERKEMAS PERANCANGAN PEMBANGUNAN PANGSAPURI PAHANGKU DI BENTONG

Kerajaan Pahang sedang memperkemas perancangan pembangunan Projek Pangsapuri Pahangku menerusi Mesyuarat Pelaksanaan Cadangan Pembangunan Skim Pangsapuri Pahangku di Daerah Bentong yang diadakan di Lembaga Perumahan Dan Hartanah Pahang (LPHP), hari ini.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Bin Mohd Ariff dan turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif LPHP, YH. Dato’ Ahmad Islanizam Bin A. Halim serta Pengurus Besar Negeri Pahang TNB, YBrs Ir. Affendi Bin Abd Rahman.

Pembinaan projek pangsapuri ini dirancang berhampiran stesen Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Bentong, sebagai sebahagian daripada pembangunan berorientasikan transit (TOD) yang dirancang di setiap stesen ECRL.

Pembangunan ini dijangka memberikan impak positif kepada sosio-ekonomi Bentong dengan mewujudkan peluang pekerjaan, meningkatkan keselesaan hidup rakyat, serta memperkukuh jaringan infrastruktur perumahan dan pengangkutan. Selain perumahan, pembangunan TOD di sekitar stesen ECRL turut merangkumi pusat komersial, pusat pendidikan dan projek komuniti.

 

Sistem Perumahan Awam Pahang

Satu pusat sehenti berkaitan perumahan yang menawarkan perkhidmatan berikut:
  • Senarai projek-projek perumahan mengikut daerah
  • Pendaftaran dan semakan permohonan perumahan di bawah Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang, Projek Rumah Makmur, Projek Rumah Pahang, Projek Rumah Penjawat Awam Negeri Pahang (RPAP), Rumah Kos Rendah dan Sederhana Rendah.
  • Kemudahan pembayaran sewaan Rumah PAKR secara atas talian

"Kediaman Selesa, Hidup Sejahtera"

Hakcipta Terpelihara © 2025
Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang
Tingkat 7 & 8, Menara Teruntum, Jalan Mahkota, 25000 Kuantan, Pahang
Tel : 095512777 / 095512888
Email : home[a]lphpahang.gov.my