Tinjauan Dua Rumah Terbakar di Kampung Sekor Tanjung Medang dan Majlis Penyerahan Sumbangan Projek Baiti Jannati di Pekan
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff bersama Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang (LPHP), YH. Dato' Ahmad Islanizam bin A. Halim berkesempatan meninjau dua rumah terbakar di Kampung Sekor Tanjung Medang, di sini.
Pada tinjauan itu, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin turut menyampaikan bantuan kepada dua mangsa kebakaran tersebut iaitu Puan Zuraini binti Hassan dan Puan Zaharah binti Yussof.
Dalam kejadian 1 Ramadan lalu, rumah kedua-dua mangsa telah hangus sepenuhnya ketika penduduk kampung sedang menunaikan solat terawih.
Dalam pada itu, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin juga turut menyampaikan dua kunci rumah pada Majlis Penyerahan Sumbangan Projek Baiti Jannati yang merupakan sebuah projek rumah bantuan diusahakan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) kepada penduduk di Pekan.