Majlis Penyerahan Rumah Rakyat Pahang (RRP) DUN Jenderak, Temerloh
TEMERLOH, 25 MAC 2025 – Lembaga Perumahan Dan Hartanah Pahang (LPHP) menyerahkan lapan Rumah Rakyat Pahang (RRP) bernilai keseluruhan RM600,000 pada Majlis penyerahan Rumah Rakyat Pahang (RRP) Fasa 4 bagi DUN Jenderak, Temerloh.
Majlis penyerahan kunci RRP telah dilaksanakan oleh YB Dato’ Rodzuan bin Zaaba, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jenderak di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Jenderak Temerloh.
Turut hadir ialah Dato’ Khairur Rizal bin Ramli, Pegawai Daerah Temerloh.
Penerima bukan sahaja mendapat kunci rumah masing-masing tetapi turut diberikan barangan elektrik dengan jumlah keseluruhan RM16,000 sebagai tambahan bagi melengkapkan kediaman mereka.
Penerima yang ditemui meluahkan rasa syukur dan terharu menerima kunci rumah masing-masing terutama dalam kesibukan umat Islam menunaikan ibadah puasa dan bakal menyambut Syawal tidak lama lagi.