Majlis Penyerahan Salinan Suratan Hakmilik dan Taklimat Projek Skim Tanah Warisan (STW) di Kampung Kuala Medang, Daerah Lipis, Pahang

  • Diterbitkan pada 08/08/2024
  • 302 klik

LIPIS, 08 OGOS 2024: Majlis Penyerahan Salinan Suratan Hakmilik dan Taklimat Projek Skim Tanah Warisan (STW) di Kampung Kuala Medang, Daerah Lipis, Pahang telah berlangsung dengan jayanya. Majlis tersebut telah diadakan di Balai Serbaguna Dato' Haji Omar dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada kalangan pemilik tanah yang terlibat.

Majlis ini diadakan bertujuan untuk menyerahkan salinan suratan hakmilik kepada para pemilik tanah dan memberikan taklimat terperinci mengenai Projek Skim Tanah Warisan, yang merupakan salah satu inisiatif pembangunan perumahan oleh Kerajaan Negeri di bawah naungan YAB Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang. Projek ini berkonsepkan rancangan tanah kelompok (RTK) yang diubah suai dengan menyediakan kemudahan infrastruktur asas seperti jalan raya, sistem perparitan, bekalan air bersih, dan bekalan elektrik.

Majlis juga melibatkan taklimat ringkas daripada beberapa pihak iaitu Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad, Rangkaian Delima Realty Sdn. Bhd., diikuti oleh MUHASA Development Sdn. Bhd.

Acara kemuncak majlis ini adalah penyerahan salinan suratan hakmilik kepada pembeli-pembeli yang layak, yang telah berjalan dengan lancar dan teratur. Ramai pemilik tanah menyatakan penghargaan mereka atas usaha gigih LPHP dalam memastikan proses ini dijalankan dengan baik.

Pihak LPHP ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah hadir dan memberikan sokongan penuh dalam menjayakan majlis ini. LPHP berharap agar Projek Skim Tanah Warisan ini akan terus memberi manfaat jangka panjang kepada semua pemilik tanah yang terlibat, sekaligus membantu merealisasikan impian mereka untuk memiliki rumah yang selesa dan selamat.

 

Sistem Perumahan Awam Pahang

Satu pusat sehenti berkaitan perumahan yang menawarkan perkhidmatan berikut:
  • Senarai projek-projek perumahan mengikut daerah
  • Pendaftaran dan semakan permohonan perumahan di bawah Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang, Projek Rumah Makmur, Projek Rumah Pahang, Projek Rumah Penjawat Awam Negeri Pahang (RPAP), Rumah Kos Rendah dan Sederhana Rendah.
  • Kemudahan pembayaran sewaan Rumah PAKR secara atas talian

"Kediaman Selesa, Hidup Sejahtera"

Hakcipta Terpelihara © 2024
Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang
Tingkat 7 & 8, Menara Teruntum, Jalan Mahkota, 25000 Kuantan, Pahang
Tel : 095512777 / 095512888
Email : home[a]lphpahang.gov.my