Program Kutipan Bulanan Di Kawasan Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) Sg. Pandan, Kuantan

  • Diterbitkan pada 11/04/2025
  • 42 klik

KUANTAN, 11 APRIL 2025 : Lembaga Perumahan Dan Hartanah Pahang (LPHP) menyediakan pelbagai platform pembayaran kepada penyewa skim Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) dengan membuka Kaunter Kutipan Luar bagi setiap daerah bertujuan memudahkan penyewa untuk membuat sebarang bayaran sewa.

Selain kaunter kutipan luar, penyewa juga boleh membuat bayaran secara atas talian di e perumahan, aplikasi PahangGo atau terus ke kaunter pejabat LPHP di Aras 7, Menara Teruntum.

Bagi penyewa yang menghadapi kesulitan kewangan, LPHP turut membantu menguruskan permohonan bantuan zakat daripada Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP).

Sebagai mempermudah proses pembayaran sewaan PAKR bagi Daerah Kuantan, LPHP telah melaksanakan Program Kaunter Kutipan Luar kali keempat di perkarangan Surau Al-Islah, LBRA 13, PAKR Sungai Pandan semalam.

Program yang berlangsung dari jam 9.30 pagi hingga 2.00 petang ini melibatkan urusan bayaran sewa rumah, tunggakan serta baki keseluruhan bagi penyewa di kawasan terlibat.

Seramai 30 penyewa telah membuat pembayaran bagi akaun masing-masing.

Pada 13 Mac lepas LPHP telah membuka kaunter kutipan luar di Daerah Pekan dan program sama dijangka akan dilaksanakan pula di Rompin pada 22 April ini.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi LPHP di talian 09-551 2777 / 2888 atau boleh melayari portal eperumahan.pahang.gov.my atau emel ke home@lphpahang.gov.my

 

Sistem Perumahan Awam Pahang

Satu pusat sehenti berkaitan perumahan yang menawarkan perkhidmatan berikut:
  • Senarai projek-projek perumahan mengikut daerah
  • Pendaftaran dan semakan permohonan perumahan di bawah Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang, Projek Rumah Makmur, Projek Rumah Pahang, Projek Rumah Penjawat Awam Negeri Pahang (RPAP), Rumah Kos Rendah dan Sederhana Rendah.
  • Kemudahan pembayaran sewaan Rumah PAKR secara atas talian

"Kediaman Selesa, Hidup Sejahtera"

Hakcipta Terpelihara © 2025
Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang
Tingkat 7 & 8, Menara Teruntum, Jalan Mahkota, 25000 Kuantan, Pahang
Tel : 095512777 / 095512888
Email : home[a]lphpahang.gov.my